1.0
PENGENALAN
Pelajar
seharusnya didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran pada usia
yang kecil lagi untuk membolehkan seseorang pelajar belajar dengan lebih berjaya. Akan tetapi, unsur ini kurang ditekankan oleh
guru sekolah rendah. Sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan
aspek teknik belajar secara formal. Gaya pembelajaran kendiri merupakan
kebolehan seseorang mengambil, merekod dan mengfailkan maklumat. Terdapat empat
model gaya pembelajaran yang berbeza iaitu model gaya pembelajaran Dunn dan
Dunn, model gaya pembelajaran Honey dan Mumford, model gaya pembelajaran Kolb
dan model gaya pembelajaran VARK. Terdapat kajian yang dijalankan oleh Dunn dan
Dunn sejak seabad yang lalu dan beliau mendapati bahawa strategi belajar
seseorang sangat berbeza di antara satu sama lain (Dunn dan Dunn (1978). Beliau
mendapati bahawa gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada lima, iaitu
persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologi. Menurut Honey dan
Mumford (1992), gaya pembelajaran didiefinisikan sebagai penerangan ke atas
sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford (1983)
membahagikan gaya pembelajaran kepada empat kumpulan,iaitu aktivis, reflektif,
teori dan pragmatis. Kolb (1984) membahagikan gaya pembelajaran yang digunakan
oleh pelajar kepada empat kategori iaitu imaginative dan keatif, teori
analisis, praktik dan intutif dinamik. Pada tahun 2001, Neil Fleming
memperkenalkan model gaya pembelajaran VARK. Model ini menjelaskan tentang
empat gaya pembelajaran yang berbeza iaitu visual, audio, reading (bacaan) dan
kinestetik.
2.0 Model Gaya
Pembelajaran VARK (Visual, Audio, Reading, Kinestetik)
Gaya
pembelajaran ini lebih mengutamakan Visual, Audio dan Kinestetik daripada
Reading.
2.1 Gaya Pembelajaran
Visual
Ini merupakan
cara belajar yang menggunakan penglihatan, iaitu mata. Orang yang mempunyai gaya pembelajaran ini biasanya lebih suka belajar
melalui penglihatan iaitu melihat teks yang sedia ada dan gemar belajar dengan
gambar, gambar rajah, teks dan sebagainya. Orang yang mempunyai gaya
pembelajaran ini cuma perlu menulis nota apabila tidak dapat mengingati sesuatu
dan tidak memerlukan penerangan lisan daripada orang lain.
KELEBIHAN
|
KELEBIHAN
|
Dapat mengingat secara detail dan
teliti
|
Menghadapi kesukaran untuk belajar
jika ramai orang dan dalam cuaca yang kurang baik
|
Dapat mengingat wajah seseorang
tetapi sering lupa akan nama orang tersebut
|
Tanpa gambar atau grafik,seseorang
susah untuk memahami dengan jelas
|
Menvisualisasikan gambar atau
diagram dalam pemikiran pada saat menghafal dan memahami suatu informasi
|
2.2 Gaya
Pembelajaran Auditori (Audio)
Gaya
pembelajaran ini focus kepada pendengaran dan audio sebagai sarana untuk
mencapai keberkesanan dalam pembelajaran. Orang yang mempunyai gaya
pembelajaran ini menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan. Mereka
perlu membaca sama ada dalam hati mereka ataupun bacaan kuat. Akan tetapi,
mereka perlu menggerakkan bibir mereka ketika ingin mempelajari sesuatu benda.
Orang yang mengamalkan gaya pembelajaran ini bergantung kepada pita audio
dengan mendengar pita audio tersebut berulang alik. Oleh itu, orang ini akan
banyak bertanya soalan dan berbincang dengan guru-guru. Mereka tidak menyalin
nota sebaliknya cuma mendengar dan mengingati apa yang diterangkan.
KELEBIHAN
|
KELEMAHAN
|
Dapat menghafal nama orang dengan
cepat
|
Menghadapi masalah untuk mengingat
sesuatu jika membacanya tanpa menggunakan suara
|
Dapat menirukan yang lain dalam
waktu yang singkat
|
Sukar untuk duduk diam dalam waktu
yang lama
|
Suka bercakap dan berbicara dengan
orang lain
|
Mudah diganggu oleh keributan
|
2.3 Gaya
Pembelajaran Reading (Bacaan)
Pelajar yang
mempunyai jenis pebelajaran ini dalam dirinya akan menulis semula nota yang
disalin atau dibuat semasa sesi PDP (Pengajaran dan Pembelajaran). Mereka
bergantung kepada penghafalan dan perlu menerangkan semula gambar atau rajah
yang telah dipelajari. Biasanya, pelajar yang mempunyai jenis gaya pembelajaran
ini lebih cemerlang dalam mata pelajaran Biology yang memerlukan penghafalan
dan kefahaman.
2.4 Gaya
Pembelajaran Kinestetic (Kinestetik)
Murid kinestetik
belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal
dalam aktiviti bilik darjah. Mereka mendapati bahawa apabila mereka mencuba
terus aktiviti atau menyentuh terus benda terus melalui hands-on, mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik. (Murdoch
Teacher Center, 1984). Oleh itu, mereka yang merupakan jenis pembelajaran kinestetik
dapat melukis atau menjawab soalan yang lebih teliti selepas menyentuh sesuatu
barang ataupun membuat sesuatu eksperimen.
KELEBIHAN
|
KELEMAHAN
|
Kebanyakkan memiliki penampilan yang
rapi
|
Susah untuk mereka duduk
berdiam-diam
|
Lebih handal dalam bidang olahraga
|
Kurang baik dalam mengeje perkataan
|
Suka dengan pekerjaan yang
memerlukan pergerakkan atau membuat eksperimen di laboratotium
|
Tidak dapat menguasai bidang
geografi dengan cemerlang
|
3.0 JADUAL
PEMBELAJARAN KENDIRI
Biru=REHAT UNGU=TIDUR
Biru=REHAT UNGU=TIDUR
MASA/HARI
|
SININ
|
SELASA
|
RABU
|
KHAMIS
|
JUMAAT
|
SABTU
|
AHAD
|
4.00-6.30
am
|
Ulang
kaji PAK
|
Ulang
kaji GCI
|
Ulang
kaji GEC
|
Ulang
kaji GSB
|
Ulang
kaji GKB
|
||
6.30-8.00
am
|
Bersedia
ke kuliah
|
Bersedia
ke kuliah
|
Bersedia
ke kuliah
|
Bersedia
ke kuliah
|
Bersedia
ke kuliah
|
||
8.00-9.00
am
|
TUTORIAL
|
Kuliah
BMZ
|
KuliahBMZ
|
Kuliah
GKK
|
Kuliah
PAK
|
||
9.00-10.00
am
|
Kuliah
BMZ
|
KuliahBMZ
|
Kuliah
GKK
|
Kuliah
PAK
|
|||
10.00-11.00
am
|
Kuliah
GEC
|
Kuliah
GKB
|
Kuliah
GKK
|
||||
11.00-12.00
pm
|
Kuliah
GEC
|
Kuliah
GKB
|
Kuliah
PAK
|
Bersiap
|
Bersiap
|
||
12.00-1.00
pm
|
Kuliah
GEC
|
Kuliah
GKB
|
Kuliah
PAK
|
Kemas
Bilik
|
Kemas
Bilik
|
||
1.00-2.00
pm
|
Kemas
Bilik
|
Kemas
Bilik
|
|||||
2.00-3.00
pm
|
Kuliah
MTZ
|
Kuliah
GSB
|
Kuliah
GCI
|
Kuliah
MTZ
|
Keluar
beli barang
|
Riadah
|
|
3.00-4.00
pm
|
Kuliah
MTZ
|
Kuliah
GSB
|
Kuliah
GCI
|
Kuliah
MTZ
|
Keluar
beli barang
|
Riadah
|
|
4.00-5.00
pm
|
Balik
asrama
|
Balik
asrama
|
Balik
asrama
|
Balik
asrama
|
Balik
asrama
|
Main
|
Riadah
|
5.00-6.00
pm
|
Mandi
dan makan
|
Riadah
|
Mandi
dan makan
|
Riadah
|
Mandi
dan makan
|
Mandi
dan makan
|
Mandi
dan makan
|
7.00-8.00pm
|
Menelefon
keluarga
|
Mandi
dan makan
|
Menelefon
keluarga
|
Mandi
dan makan
|
Menelefon
keluarga
|
Menelefon
keluarga
|
Menelefon
keluarga
|
8.00-9.00
pm
|
Ulang
kaji BMZ
|
Ulang
kaji MTZ
|
Ulang
kaji PAK
|
Ulang
kaji GSB
|
Ulang
kaji GKB
|
Main
|
Main
|
9.00-10.00
pm
|
Ulang
kaji BMZ
|
Ulang
kaji MTZ
|
Ulang
kaji PAK
|
Ulang
kaji GSB
|
Ulang
kaji GKB
|
Ulang
kaji
|
|
10.00-11.00
pm
|
Saya memilih untuk belajar pada pukul 4 hingga 6.30 pagi kerana tedapat kajian yang mengatakan bahawa seseorang akan lebih mengingati dan dapat menghafal sesuatu topik atau subjek dengan cepat pada waktu tersebut. Untuk mata pelajaran PAK,saya akan menggunakan gaya pembelajaran Audio kerana saya mendapati bahawa saya akan lebih memahami jika saya mendengar penjelasan dan pengajaran tersebut. Oleh itu,saya sering kali merakam apa yang diajar oleh guru-guru. Saya memilih untuk belajar pada pukul 4 pagi kerana gaya pembelajaran ini memerlukan suasana yang senyap. Untuk mata pelajaran GCI dan MTZ pula,saya lebih kepada gaya pembelajaran Visual. Gaya pembelajaran ini sangat membantu kerana saya dapat mengingati dengan teliti dan lebih detail. Untuk ini,saya akan membuat peta minda seperti peta minda proses untuk subjek GCI dan peta minda bulatan dan buih untuk subjek MTZ. Hal ini demikian kerana,peta minda sangat membantu terutamanya kepada saya untuk mengingati sesuatu topik kerana itu merupakan kesimpulan yang saya dapat setelah mempelajari topik tersebut. Untuk mata pelajaran GEC dan BMZ pula,gaya pembelajaran Reading telah dilakukan kerana dua meta pelajaran ini memerlukan kefasihan dalam bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa penghantar negara kita iaitu bahasa Melayu. Saya menggunakan gaya pembelajaran kinestetic untuk subjek GKK kerana subjek ini tentang kecergasan dan kesihatan diri kita. Ujian bleep dan 'SEGAK' perlu dilakukan oleh semua guru pelatih PPISMP dan sebelum masuk ke IPG.
Kadang kala
saya dapat mengingati sesuatu subjek dengan melihat gambar rajah atau membuat
nota tanpa memerlukan sebarang penerangan atau penjelasan. Sebagai contoh, bagi
subjek Fizik, saya lebih mementingkan gambar atau rajah yang menunjukkan
jalan penyelesaian bagi masalah itu
berbanding penerangan dan penjelasan daripada guru di sekolah. Saya juga
menggunakan cara ini dalam mata pelajaran MTZ. Selepas melihat gambar tersebut,
saya akan membuat satu kesimpulan dengan membuat nota sendiri dan peta minda.
Kitaran
Gaya Pembelajaran Auditori:
Saya
menggunakan cara pembelajaran ini semasa subjek itu memerlukan penghafalan.
Sebagai contoh, semasa mengingati struktur, fungsi atau proses jantung dalam
mata pelajaran Biology, saya akan lebih menggunakan cara ini. Akan tetapi, saya
sendiri tidak tahu bahawa saya telah menggunakan cara ini pada waktu itu.
Pembelajaran
Kinestetik ini biasanya digunakan dalam subjek Chemistry yang perlu melakukan
pelbagai eksperimen untuk mengetahui perubahan warna apabila asid bertindak
balas dengan alkali serta hasil elemen-elemen lain bertindak balas. Hal ini demikian
kerana, terdapat kajian yang mengatakan bahawa dengan membuat eksperimen,
seseorang terutama pelajar dapat memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam.
4.0 Alat
Berfikir
Peta Minda
merupakan salah satu alat yang boleh digunakan untuk merangsang kemahiran
berfikir pelajar dan telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran,
percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi, dan penyelesaian masalah.
Saya telah menggunakan peta kitaran dalam jadual di atas.
Tujuan
penggunaan peta minda adalah untuk:
Ø
Dapat
mengingat sesuatu dengan mudah
Ø
Dapat
mencatat nota dengan ringkas dan mudah
Ø
Meningkatkan
kreativiti sesorang dalam mengorganisasi idea dan kata kunci
Kelebihan peta
minda:
1.
Membantu
pembuat peta minda lebih mudah mengingati sesuatu mata pelajaran
2.
Mudah
dibaca
3.
Lebih
mudah untuk memahami sesuatu konsep dan topik
4.
Membentuk
gambaran mental daripada perkara yang didengari,dilihat,dibaca dan difikirkan
(sesuai untuk pelajar yang mempunyai jenis pembelajaran Visual)
Kelemahan peta
minda:
1.
Tidak
dapat difahami oleh semua orang (biasanya pembuat peta minda sahaja dapat
memahaminya)
2.
Terlalu
ringkas, banyak singkatan
3.
Tiada
huraian yang jelas
KESIMPULAN
Pelajar yang
membaca dengan cara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat. Akan tetapi,
bukan semua orang memiliki kekuatan tersebut. Oleh itu, kita seharusnya memilih
gaya pembelajaran yang sesuai untuk kita dan menyusun strategi untuk
membolehkan kita menguasai segala isi dan konsep dalam pembelajaran agar otak
kita dapat memproses maklumat yang diperoleh dengan lebih mudah dan cepat.
Rujukan
Ahmad Subki
Miskon. Aliza Adnan. Syed Ismail Syed Mustapa. (2014). Kemahiran Belajar (Edisi Kedua). Puchong,Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Has Mira. Gaya
Pembelajaran VAK. Diakses pada 2 Disember 2012 dari https://www.slideshare.net/HasMira1/gaya-pembelajaran-vak.
Lim’s KB. Gaya
Pembelajaran Kendiri. Diakses pada 17 September 2016 daripada http://kbeportfoliolim.blogspot.com/2016/09/10-gaya-pembelajaran-kendiri.html.
Nazmralh.
Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri. Diakses pada 2016 daripada http://nazmralh.blogspot.com/2016/09/sistem-pengurusan-pembelajaran.html.
Rosinah
Edinin, Ph.D. Kemahiran Belajar. (2014). Kuala Lumpur. Freemind Horizon.Sdn,Bhd.
Thanusha.
Pembelajaran Kendiri. Diakses pada Januari 2016 daripada https://prezi.com/heb1qgtntvzz/pembelajaran-kendiri/.
Zaki. Model Gaya Pembelajaran VARK. Diakses pada Jun 2012 dari https://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/model-gaya-pembelajaran-vak-visual.html.
No comments:
Post a Comment